Dapatkan informasi terbaik - FREE

Friday, December 1, 2006

senaman tua / senaman melayu asli

Assalamualaikum.

Bertemu kembali di blog senaman tua yang tidak rasmi ini. :)

Sudahkah anda merasa kuih yang saya sebutkan sebelum ini? Kuih mana? Kuih apa lagi kalau bukan kuih melayu asli NAGA SARI. Rugi tau kalau tak mencuba.. cuba tanya "orang-orang lama" (guru tua) untuk mendapatkan resepinya tapi adat melayu, jika ingin berguru atau menuntut terpaksalah duduk lama-lama sikit, berborak-borak. Tolong kerja rumah apa yang patut.. emm paham-paham larr yer. :)

Baiklah, ada yang bertanya pada saya apakah maksud disebalik nama senaman tua ini? hinggakan ada yang komen, tak popular langsung. Sebagai pengamal senaman tua atau orang yang tahu serba sedikit tentang senaman tua ini, biasanya hanya tersenyum. Senyuman yang membawa 1001 maksud. Rasa-rasanya, tak perlulah saya menghuraikannya.

Oleh kerana saya diamanahkan untuk menyampaikan kepada masyarakat umum tentang senaman tua ini, saya akan cuba sehabis baik. Senaman membawa maksud gerakan. Berjalan, berlari, mengangkat tangan atau kaki, meregangkan badan dan segala gerak laku kita boleh dipanggil senaman. Nama "Tua" di sini diambil daripada perkataan "Petua", iaitu petua kesihatan dan petua seni beladiri di dalamnya. Senaman tua juga terkenal kerana TUAnya umur senaman ini.

Jika dikaji dari sudut bahasa, TUA dalam bahasa melayu lama di sebut sebagai TUHA yang membawa maksud ketua, yang terdahulu, paling penting manakala perkataan PETUA pula berasal dari perkataan Arab iaitu FATWA (himpunan ilmu).

Di mana keistimewaan senaman tua? Saya akan ulas pada esok hari. Jika ada ilmu yang ingin dikongsikan, saya mengalu-alukan penulisan anda di blog saya ini.

Sekian.

No comments: