Dapatkan informasi terbaik - FREE

Friday, December 15, 2006

Nama-nama senaman tua yang unik

Assalamulaikum.

Selepas solat Jumaat tadi, hujan turun dengan lebatnya (di kawasan Kukup, Pontian). Rancangan asal ingin berenang tergendala. Rasa gian ingin berenang dah mula terasa sejak adik ipar ajak berenang di Kukup Golf Resort minggu lepas.. :P

Sebut mengenai berenang, teringat saya pada pergerakan senaman tua yang di sebut "renang anak". Baiklah, post kali ini saya ingin berkongsi tentang nama-nama senaman tua tahap 1 yang saya pelajari pada seminar anjuran majalah seni beladiri.

Senaman tua tahap 1
  • Nafas Melayu
  • Tapak Sembilan
  • Jengket
  • Berlabuh Luar
  • Berlabuh Dalam
  • Temu Tempurung
  • Langkah Tari Inang
  • Gelek Pinggang
  • Naga Perlabuh
  • Duduk Pendekar / Bersila
  • Siku Sentuh Lutut
  • Renang Anak
  • Tengok Ibu Jari
  • Tegang Pusat
  • Geliat Anak Rimau
  • Tangan Melayu (Gulung Ekor Naga)
  • Tagan Melayu(Panas Tapak Tangan)
  • Tangan Melayu (Gerak 9)
  • Sampai Tangan
  • Bilas Tangan
  • Segerak Selangkah 1
  • Segerak Selangkah 2
  • Segerak Selangkah 3
  • Segerak Selangkah Pukulan
  • segerak Selangkah Berpasangan
  • segerak Selangkah- Dapat Bunga.

Memang unik nama-nama senaman tua seunik gerakan dan hasilnya pasti membuatkan anda kagum dan tersenyum puas. :)

Wassalam.

No comments: