Dapatkan informasi terbaik - FREE

Monday, December 4, 2006

Keistimewaan senaman tua

Assalamualaikum.

Macam mana dengan Seminar Tongkat & Selengan? Sudahkah anda berdaftar? Jangan sampai terlepas...

Seperti yang dijanjikan, saya akan bercerita sedikit tentang senaman tua ini. Sebenarnya, senaman tua ini merangkumi pelbagai konsep senaman seperti Yoga, Tai Chi, Qi Gong dan Aerobik. Gerakan di dalam senaman tua ini mencakupi gerakan Aerobik dan Anaerobik. Ianya sesuai untuk semua golongan tidak kira umur, muda atau tua.

Ini terbukti ramai golongan yang berumur berjaya menikmati kelenturan badan yang baik selepas bersenam berbanding sebelumnya. Mereka juga melaporkan tahap kecergasan dan tenaga yang semakin meningkat di samping kualiti "kehidupan" rumahtangga.

Senaman tua ini telah terbukti keberkesanannya sebagai pemangkin kepada sistem imunisasi badan, penyembuh kecederaan kesukanan, pengukuhan sistem kardiovaskular dan kelenturan badan.

Bagi saya, nama- nama gerakan juga bisa membuat hati tertawan kerana ianya nampak kemelayuannya. Seperti yang di sebut sebelum ini, NAGA BERLABUH di mana pergerakannya yang unik ini membuatkan yang muda mejadi tua.

Wassalam.


No comments: