Dapatkan informasi terbaik - FREE

Sunday, December 31, 2006

Semalam yang muram

Assalamualaikum.

Ish.ish..ish... sedih na tajuk blog kali ini. Sebenarnya saya rasa gatal tangan kerana gian menaip komputer namun apakan daya, banyak sangat halangan dan ujian Allah yang terpaksa dijalani sebelum sempat saya menaip. Emmm.. lama juga saya tak post blog yer.

Kepada mereka yang mengikuti blog ini, saya memohon ampun dan maaf dan terima kasih atas kesetiaan membaca blog ini. :) Segala yang ujian yang datang tak dapat dielakkan. Ujian apa tu cikgu? Maklumlah, cuti-cuti sekolah begini ramai bujang-bujang & anak-anak dara yang ingin mendirikan rumah tangga. So, jemputan majlis perkahwinan tak putus-putus (kenyang perut :P) walaupun hujan tak berhenti-henti terutama di kawasan Johor sini. Masalah hujan ni pun penyebab jugak. Bila hujan turun berterusan, paras air sungai pun naik dan melimpah serta terjadinya banjir. Kesian pada mangsa-mangsa banjir. Walaupun saya tak termasuk dalam mangsa banjir namun kesan-kesan tu terasalah juga. Dan yang paling teruk, gempa bumi yang berlaku di Taiwan yang menyebabkan talian internet terputus hubungan di negara kita.

Alhamdulillah, selepas segala-galanya beransur pulih saya akan cuba mengemas kini blog senaman tua ini seperti biasa, Insyaallah. Akhir kata, SALAM AIDILADHA & SELAMAT TAHUN BARU 2007.

2 comments:

Anonymous said...

Hello There. I found your blog using msn. This is a very well written article.
I will be sure to bookmark it and come back to read
more of your useful information. Thanks for the post.
I'll certainly return.

Review my site - http://eating-for-energy.com/

Anonymous said...

Perineoplasty (or Perineorrhaphy) has an objective of making this
area look normal by cutting out excess skin and
flaccid skin tags. The good news is that normally they are
benign tumors that won't affect your health. This method typically involves some pain or discomfort.

Here is my blog ... skin tags apple cider vinegar ()