Dapatkan informasi terbaik - FREE

Sunday, December 17, 2006

Hari Keluarga Senaman Tua.

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, kita dah pun sampai di penghujung tahun 2006. Welcome 2007!!! :)
Jadi, apakah azam anda tahun 2007? takkan belum difikirkan lagi.. ada yang seperti tahun-tahun lepas. Pusing-pusing tang tu jugak. Apa nak buat, azam tahun 2006 belum tercapai lagi. Ye tak? Ada yang ingin berhenti dari merokok, ada yang ingin melangsingkan badan dengan bersenam, ada yang ingin menambahkan harta yang ada dan tidak kurang pula ada yang tidak berazam. Jadi, bagaimana dengan anda? Fikir-fikirkan ye.. :)

Asyik tanya orang je.. cikguzaki mcm mana pula? ok, bagi saya seseorang itu tidak perlulah tunggu tahun baru je nak berazam. Seperti saya, azam saya telah pun direalisasikan dengan terhasilnya blog senaman tua ini. Nah! anda sedang membacanya... saya akan memastikan blog senaman tua ini sentiasa up to date dengan info terkini.

Apakah info terkini yang ingin dikongsi pada post kali ini?

Psstt.. saya ada perkara rahsia yang ingin dikongsi bersama anda. Saya ada dapat email dari cikgu Azlan Ghanie. Jom kita kongsi isi kandungannya..

**************************************************

From: azlan ghanie
To: SenamanTua@yahoogro ups.com
Sent: Monday, 11 December 2006 10:40:30
AMSubject: Re: Balasan: Re: Sidang Jurulatih ST Blog senaman tua.

Kepada Semua Tenaga Pengajar Senaman Tua Pertama saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2007, Selamat Aidil Fitri dan kepada tenaga pengajar ST warga Cina, Selamat Tahun Baru Cina.

2. Sepetang Keluarga Lok 9/Senaman Tua akan diadakan pada 24 Disember 2006 bermula jam 4 petang di Vistana Hotel, Kuala Lumpur. Yang berminat boleh berdaftar dan membayar dengan menghubungi pejabat SENI BELADIRI 03 402 55379.

3. Buku Senaman Tua dalam proses... harap sabar.

4. Kad ahli 2007 ST lebih canggih. Permintaan untuk kelas ST juga makin banyak. Apapun, kita perlu bersedia dan lakukan dengan sederhana... jangan le buli mereka yang baru masuk. Nanti mereka demam urat.

5. Sekarang, apa yang diambil (makanan) umpama racun... kita perlu sedarkan mereka dan motivasi mereka supaya segala perbuatan biarlah sederhana. Kalau makan, sebaiknya berhenti bila hendak kenyang. Jangan minum air ketika makan dan harap elak minum susu bila makan makanan laut.Jumpa di hari keluarga

azlan ghanie

Emm.. apa tunggu lagi, jom kita mendaftar hari keluarga senaman tua. Yahoo!

wassalam.

No comments: