Dapatkan informasi terbaik - FREE

Monday, December 4, 2006

seminar 2006 tongkat & selengan

Assalamualaikum.

Eh! blog senaman tua tak rasmi ini ada buat seminar 2006 tongkat & selengan ke? Itu gimik je kawan.. Sudahkah anda mendapatkan buku seni beladiri yang baru? Dapatkan jika belum.
Apa yang menarik di dalamnya? Bagi saya, borang seminar tongkat & selengan. Nak tahu kenapa?

"INGIN MENGETAHUI PETUA CARA MENYAMPAI, PECAHAN LANGKAH DAN MENGADAP MENGGUNAKAN TONGKAT & SELENGAN?"

Sepertimana yang anda semua tahu, tongkat & selengan merupakan senjata dari ilmu guru yang tersirat. Dan KINI, yang tersirat dihidangkan untuk mendapatkan petua dan hak.

Pandai tongkat dan selengan akan tahu pelbagai rahsia senjata.

Keistimewaan Seminar Tongkat & Selengan:
  • Sungguh praktikal dan padat dengan ilmu
  • melahirkan pandai tongkat & selengan
  • dapat mengetahui petua cara menyampai, pecahan, langkah dan mengadap
  • senaman tongkat dan selengan
  • berguru sendiri dengan AZLAN GHANIE
  • yang penting, ada MAKAN!! :P

Untuk kesemua nilai di atas, anda hanya perlu membayar RM150.00 sahaja.

TUNGGU!!!

Sebagai peserta yang terawal, pihak penganjur akan menyediakan tongkat & selengan.

Cepat, dapatkan tempat sebelum terlambat!! Tarikh tutup pendaftaran 18 Disember 2006

Seminar 2006 Tongkat & selengan (bersama AZLAN GHANIE)

Tarikh : 24 Disember 2006
Tempat : akan diberitahu

Wow!! ingin menyertai dan tidak tahu caranya? Langkah-langkah yang perlu saya, anda dan semua yang berminat lakukan :

  • Dapatkan buku senibeladiri bulan Disember
  • Isikan borang seminar tongkat & selengan
  • Sertakan pembayaran ke alamat yang diberikan
  • Tunggu panggilan call dari pihak penganjur

p/s : sebenarnya, saya tidak sabar-sabar lagi ingin mempelajari ilmu tongkat dan selengan ini. :)

JUMPA ANDA DI SANA.

No comments: