Dapatkan informasi terbaik - FREE

Thursday, November 30, 2006

NAGA SARI vs NAGA BERLABUH

Assalamualaikum.
Salam ceria buat semua..

Petang tadi, orang rumah saya bersama ibu kesayangannya buat kuih melayu yang sedap dimakan. Ianya lebih kurang macam lepat pisang tapi bila saya bertanya, mereka kata kuih yang sedap itu dipanggil NAGA SARI. Wah! memang hebat namanya sehebat rasanya. Bangga pula saya dengan bangsa melayu. Segala gerak dan kehidupan harian menampakkan ciri kemelayuannya. Kreatif dan tetap berseni..

EErr cikguzaki, Apa kena mengena kuih NAGA SARI dengan Blog SENAMAN TUA kali ini?
Sebenarnya, bila saya makan kuih tu saya teringat salah satu dari 1001 gerak SENAMAN TUA yang dipanggil NAGA BERLABUH. Ini merupakan salah satu pergerakan SENAMAN TUA yang amat sukar dibuat sekiranya seseorang itu tidak mempunyai asas silat yang mantap. Isyaallah, saya akan bincangkan tentang NAGA BERLABUH ini pada ruangan yang lain. Nantikan.. :)

Tuesday, November 28, 2006

Ayuh Bersenam (Senaman Tua)

Assalamualaikum.

Petang2 sebegini memang sedap kalau dapat mengeluarkan peluh. Biasanya saya akan membuat pergerakan senaman tua yang dipelajari atau pun berjogging. Tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk bersenam. (ikut nasihat Azizi ali) hehehe..

Blog kali ini saya ingin berkongsi tentang info kesihatan berkaitan dengan pelupa. Eh! apa kena mengena pelupa dengan bersenam? Jeng..jeng..jeng.. info menarik khas untuk anda.

*********************************************

Ubat pelupa

Bersenam secara tetap boleh meningkatkan kecerdasan mindaMEMANG sukar mengajak orang bersenam walaupun kebanyakan tahu manfaatnya, tetapi ada penemuan baru yang mungkin boleh menaikkan semangat kita untuk memulakan aktiviti yang memberi kesejahteraan sepanjang hayat.

Biasanya semangat untuk bersenam hanya marak pada awal tahun dan mulai malap selepas beberapa bulan. Namun jangan biarkan ia terus padam kerana kajian mendapati bersenam secara tetap sebenarnya boleh meningkatkan kecerdasan minda.

Kajian yang dijalankan ke atas tikus mendapati bersenam boleh merangsang penghasilan neuron dalam kawasan ingatan pada otak haiwan itu. Tikus yang ‘disuruh’ bersenam di atas roda bergerak belajar teknik baru dengan lebih baik berbanding tikus yang banyak berehat.

Kajian ini menarik kerana ia membandingkan prestasi antara tikus tua (seperti orang berumur 70 tahun) dengan tikus muda (seperti orang berumur 20 tahun) yang bersenam dengan berlari atas pelantar bergerak. Tikus ini kemudian diberikan ujian untuk mencari platform yang diletakkan di tengah kolam air.Hasil kajian sebulan itu mendapati tikus tua yang bersenam menunjukkan prestasi sebaik tikus muda, manakala tikus tua yang tidak bersenam ‘terlupa’ di mana letaknya platform.

Saintis percaya senaman mampu memberi kesan sama pada golongan tua untuk merangsang daya fikiran mereka dan memperlahankan masalah pelupa yang sering berlaku apabila umur meningkat.

Kajian ini juga memberi harapan kepada pesakit Alzheimer atau nyanyuk bahawa proses penggantian semula sel otak yang mati boleh dirangsang semula dengan menjalankan aktiviti fizikal setiap hari.

Senaman sebenarnya merangsang otak untuk ‘bekerja’ pada kadar optimum apabila ia menyebabkan sel saraf untuk berganda, menguatkan ‘hubungan’ antara sel dan melindunginya daripada mengalami kecederaan.

Kajian terdahulu ke atas haiwan juga mendapati apabila bersenam, sel saraf haiwan terbabit menghasilkan sejenis protein dipanggil faktor neurotrofik (BDNF). Protein ini merangsang beberapa bahan kimia semula jadi lain untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Seorang pakar perubatan memberikan analogi senaman seumpama makan ubat. Jika diambil pada dos tepat dan sesuai, ia mampu mengubati sesuatu penyakit pada kadar seperti diharapkan. Namun jika dosnya terlalu kurang atau banyak, hasilnya mungkin tidak seperti diharapkan atau boleh mendatangkan kesan sampingan.

Tidak kira bagaimana kita menjaga penampilan, proses penuaan tetap berlaku. Tiada siapa boleh menduga apa bakal berlaku apabila kita tua, namun banyak penyakit boleh dielakkan melalui senaman.

Semakin meningkat umur, organ kita turut mengalami penuaan dan fungsi otak boleh menurun jika ia tidak dilindungi. Senaman aerobik sederhana juga didapati boleh melindungi otak daripada mengalami kemerosotan sehingga menjejaskan daya ingatan seperti dialami pesakit dementia atau Alzheimer.

Dalam kajian lain membandingkan senaman aerobik dengan regangan dan membina bentuk badan mendapati, individu yang melakukan senaman aerobik menunjukkan prestasi minda lebih baik. Mereka bukan saja dapat menjalankan tugas dengan baik, malah daya tumpuan juga meningkat.

Selepas enam bulan, tahap kesihatan kardiovaskular kumpulan yang melakukan senaman aerobik juga meningkat. Manakala perubahan pada kumpulan yang melakukan senaman regangan tidak ketara.

Senaman aerobik ialah pergerakan sama dilakukan berulang kali seperti berjalan, berjoging, mengayuh basikal, berenang atau menari. Senaman selama 20 hingga 30 minit sehari, tiga atau empat kali seminggu sudah memadai dan boleh memberikan manfaat besar kepada kita.

Tidak kira berapa pun usia kita sekarang, tiada istilah terlewat untuk menjaga kesihatan dan memulakan senaman. Senaman lebih penting kepada orang tua untuk mengekalkan keanjalan otot dan keseimbangan, menguatkan tulang dan mengelakkan masalah keretakan tulang serta mampu mengatasi masalah sukar tidur.

Selain makanan, senaman adalah pelaburan terbaik untuk mengekalkan kesihatan. Pelaburan ini juga mudah, memberi banyak manfaat yang tidak memerlukan wang. Modal terpenting ialah kesedaran dan kesungguhan untuk menjadikannya amalan sepanjang hayat kerana hasil pelaburan ini hanya dapat dirasai jika dilakukan secara teratur dan berterusan.

>Kesan positif

Kajian sejak lebih 50 tahun lalu juga membuktikan senaman memberi kesan positif terhadap sistem saraf kerana ia mampu:

> Mengurangkan kesakitan.
> Menguatkan ingatan.
> Merawat kemurungan.
> Menurun dan mengawal tekanan darah.
> Meningkatkan daya ketahanan badan.
> Merangsang aliran darah.
> Mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot.

Dipetik dari: http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/Kesihatan/20061022073440/Article/indexs_html

Wassalam.

Monday, November 27, 2006

senaman tua?

Assalamualaikum para pembaca semua..

Fuhh..penat betul selepas balik dari kampung (Sg Besar, Selangor). Cuaca sepanjang perjalanan agak dingin kerana hujan. Anda yang memandu dinasihatkan berhati2. :P

Baiklah, mungkin ramai yang tertanya-tanya apa itu senaman tua. Pada mereka yang dah tahu (pengamal), satu senyuman manis pasti terukir dibibir.

Seperti mana yang diterangkan oleh cikgu Azlan Ghanie sewaktu saya menghadiri seminar beliau, senaman tua adalah senaman tradisi Melayu yang masih terpelihara dan menjadi kebanggaan bangsa Melayu. Seperti Cina dengan Tai Chi, India dengan Yoga dan barat dengan Aerobik. Senaman tua ini bersifat 2 dalam 1 di mana di samping kesihatan, ia juga menyimpan 1001 rahsia senibeladiri Silat Melayu di dalam gerakkannya.

Keberkesanan senaman tua dalam mencegah dan memulih beberapa jenis penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis, ghout, sawan, asma, sakit pinggang, resdung dan darah tinggi telah TERBUKTI. Resdung yang saya alami sebelum ini pun semakin pulih. Alhamdulillah..

Cukup untuk pengenalan senaman tua kali ini. Inyaallah, di blog senaman tua ini akan ada info2 yang lebih menarik. Selalu2 larr menjenguk blog senaman tua ini. :)

Sunday, November 26, 2006

Blog Senaman Tua

Assalamualaikum..

Blog senaman tua ini merupakan blog peribadi saya dan diharap dapat diterima dan dipergunakan sebaik mungkin agar kita sama-sama mendapat manfaatnya. Insyaallah.

Mohon ribuan ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya sepanjang kewujudan blog senaman tua ini berlakunya kesilapan fakta atau maklumat.

Blog senaman tua ini hanyalah untuk memberikan kesedaran kepada umum tentang khazanah melayu yang amat berharga sekali.

Semoga blog senaman tua ini mendapat restu dari cikgu Azlan Ghanie selaku Pemegang Amanah Utama Senaman Tua.

Insyaallah, di masa akan datang blog senaman tua akan membongkar asal usul senaman tua.. tunggu!