Dapatkan informasi terbaik - FREE

Monday, December 11, 2006

galeri silat / senaman tua SK Seri Bunian, Pontian

Assalamualaikum.

Macam mana anda hari ini? Sudah bersenam? Bagi anda yang tengah baring membaca blog senaman tua ini (yang guna laptop), cuba duduk agar nampak anda seorang yang cergas. :) Pada mereka yang sedang duduk menghadap komputer bolehlah membuat senaman ringkas.
"Bila melentur buluh, biarlah dari rebungnya"

Itulah kata orang-orang melayu lama yang cukup bertapis bila ingin menyuarakan sesuatu. Sesuai dengan adat dan adab kesopanan yang tinggi. Walaupun ringkas, namun ianya tetap menyelitkan maksud yang tersirat dalam tersurat. :)

Berpegang dengan kata-kata ini, guru penasihat persatuan silat SK Seri Bunian, Pontian Johor telah mengambil langkah memperkenalkan silat dan senaman tua kepada warga sekolah SK Seri Bunian dengan mengadakan galeri silat dan senaman tua sepanjang bulan Ogos 2006 sempena menyambut hari kemerdekaan.
Galeri ini dibuat dengan kerjasama semua ahli persatuan silat SK seri Bunian, Pontian. Walaupun galeri ini agak kecil, namun objektif galeri silat dan senaman tua ini tercapai. Kini, warga SK Seri Bunian, Pontian dapat mengenali silat dan senaman tua dengan lebih dekat lagi.Bak kata Pak Teh Haji Ibrahim (rujuk senibeladiri), "terbina istana minda" dalam diri setiap pelajar. :)




p/s : Ampun dan maaf pada cikgu Azlan Ghanie kerana tidak dapat menghantar artikel aktiviti ini untuk dimuatkan dalam majalah seni beladiri. :)
wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah!!!... di atas kejayaan untuk mempertahankan khazanah tradisi MELAYU. Teruskan usaha dan perjuangan.

zafiza said...

Tahniah!!! di atas usaha mempertahankan khazanah tradisi melayu. Sesuatu yang patut dibanggakan.. :) Teruskan perjuangan..

cikguzaki said...

Terima kasih.. sebenarnya, ianya adalah usaha bersama dan bukan terletak di atas bahu individu. Saya hanya menyampaikan "amanah" yang diberikan dengan cara saya sendiri. :)