Dapatkan informasi terbaik - FREE

Wednesday, February 7, 2007

Senaman tua maju setapak lagi kehadapan

Sejak awal tahun, meeting di tempat kerja tak berhenti-henti. Nasib baik ilmu pergerakan senaman tua ada. Dapat juga mengurang stress yang ada. :) Untuk makluman semua senaman tua akan maju setapak lagi kehadapan dengan adanya sebuah yayasan yang akan ditubuhkan kelak. Jadi, tunggu... ianya amat sesuai dengan langkah Melayu yang tidak mengundur.

Tuesday, February 6, 2007

e-senamantua (english versions)

Alhamdulillah, bersyukur saya pada ilahi kerana dengan izin dan kesempatan masa yang diberikan olehNya, dapat juga saya membuat blog senaman tua yang baru dalam versi english (e-senamantua) seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini. Untuk makluman semua, blog e-senamantua telah pun mendapat perhatian dari mat salleh (boleh rujuk pada ruangan comment) yang dahagakan rahsia ilmu Melayu.

Harapan saya agar senaman tua lebih dikenali oleh 'orang luar' semakin menjadi kenyataan. :)

Monday, January 22, 2007

Tabiat anda mencerminkan diri anda

Bertemu kembali setelah sekian lama tak post artikel dalam blog senaman tua ini. :) Bukan disengajakan..

Tahukah anda, anda berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung, serangan jantung, strok atau maut jika anda mampunyai hiperlipidemia dan satu atau lebih faktor-faktor risiko berikut:
  • kolestrol HDL yang rendah (<1>
  • Diabetes
  • Merokok
  • Keobesan
  • Tekanan darah tinggi (BP>140/90 mmHg atau sedang ambil ubat antihypertensif)
  • Kurang bersenam
  • Latar belakang keluarga dengan penyakit jantung
  • Diet yang kaya lemak/kolestrol
  • Berumur 45 tahun dan ke atas (lelaki)

Jadi, mulai saat ini ubahlah tabiat anda. Berhenti merokok dan kurangkan tekanan dalam hidup anda.

Wednesday, January 3, 2007

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum

Selamat tahun baru. Semoga tahun baru ini dapat kita sama-sama memajukan diri agar kita terus maju setapak dihadapan. Teringat kata-kata cikgu azlan.. Melayu pantang berundur. :)

Kepada guru-guru pelajar sekolah, saya ucapkan selamat kembali ke sekolah. Nampaknya makin sibuklah saya. Jika lama blog ini tak dikemaskini saya mintak maaf banyak-banyak.

Wassalam.