Dapatkan informasi terbaik - FREE

Saturday, December 2, 2006

Pengasas senaman tua



Assalamialaikum.

Dah tahu maksud senaman tua? Jadi, bolehlah anda meninjau-ninjau disekitar kawasan rumah anda, kelas senaman tua yang terdekat. Cergaskan badan, cerdaskan minda. :)

Sebelum saya menceritakan tentang keistimewaan senaman tua, saya ingin berkongsi maklumat tentang pengasas senaman tua ini. Post blog dah banyak, baru nak cerita pengasas senaman tua? hehehe.. Ampun dan maaf diucapkan. :P


Baiklah, senaman tua telah diasaskan oleh En Azlan Jumat bin Abdul Ghanie atau nama penanya Azlan Ghanie. Beliau dilahirkan di Sungai Lembing, Kuantan Pahang pada 25 Disember 1959 dan dibesarkan di Pekan.

Senaman tua ini diajar oleh allahyarham ayahandanya Abdul Ghanie bin Abu Bakar yang berketurunan Raja Melayu dari keturunan Datuk Merpati Jepang Sarawak.
Bonda beliau pula bernama Rogayah bt Jaafar dari darah Maharaja Perba Jelai dan Panglima Endut (Panglima Diraja Pahang).

Senaman tua ini mempunyai gerakan ringan/ringkas dan juga bersifat berat (ekstrim) yang diambil daripada gerakan silat melayu dan gaya hidup orang melayu dahulu kala. Ia juga satu amalan oleh pendekar-pendekar Melayu satu ketika dahulu untuk menjaga kesihatan disamping memberi gerak "hidup" apabila bersilat.

Oleh itu, tidak hairanlah jika sebahagian daripada senaman tua ini mempersembahkan juga tari silat melayu sebagai senamannya. Oleh yang demikian, secara tidak langsung pengamal senaman tua juga dapat mempelajari silat melayu.

Sebenarnya, saya ingin berkongsi beberapa gambar mengenai senaman tua tetapi gambar yang ada pada saya tidak lengkap. Insyaallah, saya akan cuba postkan beberapa gambar agar blog senaman tua ini nampak lebih menarik dan membuatkan anda tertarik sehingga nak beri komen atau sedikit respon. :)

wassalam.

Friday, December 1, 2006

senaman tua / senaman melayu asli

Assalamualaikum.

Bertemu kembali di blog senaman tua yang tidak rasmi ini. :)

Sudahkah anda merasa kuih yang saya sebutkan sebelum ini? Kuih mana? Kuih apa lagi kalau bukan kuih melayu asli NAGA SARI. Rugi tau kalau tak mencuba.. cuba tanya "orang-orang lama" (guru tua) untuk mendapatkan resepinya tapi adat melayu, jika ingin berguru atau menuntut terpaksalah duduk lama-lama sikit, berborak-borak. Tolong kerja rumah apa yang patut.. emm paham-paham larr yer. :)

Baiklah, ada yang bertanya pada saya apakah maksud disebalik nama senaman tua ini? hinggakan ada yang komen, tak popular langsung. Sebagai pengamal senaman tua atau orang yang tahu serba sedikit tentang senaman tua ini, biasanya hanya tersenyum. Senyuman yang membawa 1001 maksud. Rasa-rasanya, tak perlulah saya menghuraikannya.

Oleh kerana saya diamanahkan untuk menyampaikan kepada masyarakat umum tentang senaman tua ini, saya akan cuba sehabis baik. Senaman membawa maksud gerakan. Berjalan, berlari, mengangkat tangan atau kaki, meregangkan badan dan segala gerak laku kita boleh dipanggil senaman. Nama "Tua" di sini diambil daripada perkataan "Petua", iaitu petua kesihatan dan petua seni beladiri di dalamnya. Senaman tua juga terkenal kerana TUAnya umur senaman ini.

Jika dikaji dari sudut bahasa, TUA dalam bahasa melayu lama di sebut sebagai TUHA yang membawa maksud ketua, yang terdahulu, paling penting manakala perkataan PETUA pula berasal dari perkataan Arab iaitu FATWA (himpunan ilmu).

Di mana keistimewaan senaman tua? Saya akan ulas pada esok hari. Jika ada ilmu yang ingin dikongsikan, saya mengalu-alukan penulisan anda di blog saya ini.

Sekian.